Khamis, 12 Mac 2009

Pelajar perempuan tingkatan 4 hilang dicari

KOTA BHARU: Hilang tanpa sebarang pesanan, seorang pelajar perempuan tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi, Pasir Mas, Marliana Makhtar, 16, dicari selepas tiga hari tidak pulang ke rumah.

Beliau yang dikatakan seorang anak yang baik dan tidak pernah mempunyai masalah dengan kedua ibu bapanya itu tidak pulang ke rumah setelah meminta izin keluar ke sekolah pada petang 10 Mac lalu.

Ibunya, Rosnah Hamad, 50 seorang peniaga kecil-kecilan berkata, kali terakhir beliau bercakap dan menemui Marliana apabila anak kelima daripada tujuh beradik itu hanya memberitahu mahu keluar menyertai program di sekolahnya tiga hari lalu.

"Dia cuma beritahu nak ke sekolah kerana ada program. Saya hanya membenarkan kerana tiada apa perubahan pelik pun pada dirinya.

"Bagaimanapun, sejak keluar dari rumah petang itu, dia langsung tidak pulang menyebabkan saya dan suami, Makhtar Ibrahim, 51 mula bimbang kerana setahu kami dia tidak pernah mempunyai masalah atau berselisih faham dengan kami," katanya.

Rosnah berkata, seorang rakan baik Marliana yang ditemuinya berkata, anaknya itu ada memberitahu mahu ke Johor menemui teman lelakinya yang bekerja di sana.

Bagaimanapun, teman lelakinya itu ketika dihubungi mengatakan Marliana tidak datang menemuinya.

"Bimbang dan buntu dengan keselamatannya yang hilang secara tiba-tiba tanpa meninggalkan sebarang pesanan dan meminta wang pun daripada saya dan suami menyebabkan kami telah membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Mas tengah hari tadi," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang melihat Marliana menghubungi suaminya, Makhtar di talian 014-8388638. - Bernama

1 ulasan:

  1. satu lagi belum siap, senarai blogger bpn di ruang tepi blog anda...

    Pilih option show 25 sahaja...

    saya dah add dan saya akan selalu jenguk blog2 bpn agar semua satu arah satu akidah dan satu suara.

    tq

    BalasPadam