8 April dijangkakan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib akan mengumumkan barisan kabinet yang baru.
Ada yang mencadangkan agar bilangan menteri/kementerian yang ada sekarang dikecilkan.
Ada pula yang lebih menekankan kepada kualiti/kredibiliti mereka yang bakal menduduki barisan kabinet tersebut.
Bersesuaian dengan slogan baru dibawah pentadbiran YAB Perdana Menteri "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", maka saya mencadangkan agar YAB Perdana Menteri dapat mendahulukan rakyat dalam membuat keputusan untuk memilih/menilai bakal-bakal menteri yang akan berkhidmat untuk rakyat, bukannya untuk YAB Perdana Menteri.
Oleh itu, adalah wajar YAB Perdana Menteri mengumumkan terlebih dahulu 'kabinet bayangan'nya untuk melihat tindakbalas dan pandangan dari rakyat, sebelum sebarang lantikan dibuat.
Dengan kewujudan
blog YAB Perdana Menteri, pastinya mudah untuk YAB berinteraksi dengan rakyat, memberikan penjelasan kewajaran keputusan beliau untuk memilih mereka yang akan menduduki kabinet, mendapat input dari rakyat dan sebagainya.
Walaupun YAB Perdana Menteri mempunyai hak sepenuhnya untuk melantik sesiapa sahaja menjadi ahli kabinetnya, namun dengan melibatkan dan mendahulukan kepentingan rakyat dalam keputusannya, YAB Perdana Menteri akan lebih mudah diterima oleh rakyat dan dilihat benar-benar memahami aspirasi rakyat.