Selasa, 14 April 2009

Saya & Shafiqurrahman


Saya mendapat makluman dari seorang sahabat bahawa Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin akan mengumumkan pegawai lantikannya di Pejabat Pemuda UMNO Malaysia, Menara Dato' Onn, PWTC.

Ketika sedang menanti lif untuk ke Pejabat Pemuda UMNO Malaysia di aras 28, saya terserempak dengan salah seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Sdra. Shafiqurrahman Bin Hj. Shamsuddin.

Beliau adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah.

Beliau telah mendapat undian kedua tertinggi untuk jawatan EXCO Pemuda iaitu sebanyak 569 undian.

Dari pertemuan singkat itu, mengesahkan perkhabaran yang saya terima mengenai beliau iaitu peri peramahnya serta senyuman yang amat senang sekali terukir dibibirnya.

Ia membuatkan beliau amat mudah untuk didekati dan mudah mesra apabila berbual dengannya.

Maka tidak hairanlah dengan perwatakannya itu sahaja boleh membantu beliau mendapatkan undian yang sebegitu banyak.

3 ulasan:

  1. menarik cerita di atas....

    mana hilang lama tak nampak ?

    sibuk ke?

    BalasPadam
  2. salam yb pemuda merah .....
    teruskan misi anda hingga berjaya!!!

    yg benar

    doraemon yg ceria!!!!

    BalasPadam
  3. Salamz Tuan Panglima

    Memang saya agak kesibukan kebelakangan ini dengan kerja dan kegiatan politik saya.

    Namun bila ada kesempatan, saya tidak lupa untuk mengunjungi blog tuan serta rakan-rakan BPN yang lain.

    Salamz sahabat kucingku...

    Tolong doakan semoga dipermudahkan cara dan dibukakan hati mereka untuk bergambar dengan saya. Terima kasih.

    BalasPadam