Isnin, 20 April 2009

Resolusi BPN Bil. 6/2009 : Video Palsu Mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia Oleh Pembangkang

1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

2. Ini kerana jelas ucapan yang diubah dan dicantum menzahirkan satu gambaran palsu yang berbeza sama sekali dengan ucapan sebenar YAB PM dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan rakyat yang pasti akan marah dengan tindakan tersebut.

2. BPN merasakan perbuatan ini sangat kotor, jijik dan tidak berbudi pekerti yang mulia kerana ia melibatkan maruah seorang Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia.

3. Perbuatan sebegini perlu dihentikan dengan segera sebelum ia merebak atau menjadi perbalahan antara ahli parti politik pro atau anti kerajaan demi memastikan keamanan dan ketenangan rakyat Malaysia berkekalan sampai bila bila.

4. BPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu yang terlibat mencipta atau menyebarkannya, untuk menjadi pengajaran dan iktibar agar tidak lagi berulang pada masa masa akan datang.

Lihat Video

5 ulasan:

  1. Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

    Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

    Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

    Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

    BN/UMNO (PRK Phobia)

    BalasPadam
  2. Kepada pencacai2 UMNO,
    Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

    4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

    JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

    Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

    So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

    BalasPadam
  3. Saudara Pemudagagasan...
    berkenaan dengan video-video di dlm channel Malaysianews..pada pandangan saya ianya hanya suatu idea kreatif cetusan anak muda masa kini sbg hiburan yg berunsurkan realiti politik semasa...jgnlah cepat sangat melatah...bukankah Ameno Be End masih "gagah"?

    wassalam...

    BalasPadam
  4. bro pemuda ~~~ g ner? asal lama x update blog! ker hanak saket agik??? lama x masux chatroll bro? kitaorang kangen gittewww ... wakakka

    to pencacai PR kat atas tu!!!! korank leh blah! kalau takat nak komen mende "basi" g main jejauh! lalalallalalalalalal ~

    BalasPadam
  5. Sdra. Helang Putih,

    Saya sendiri mengkagumi daya kreativiti dan tumpuan yang diberikan oleh penyunting video-video tersebut walaupun beliau menggunakannya untuk tujuan mempersendakan individu/pertubuhan lain.

    Rakan-rakan BPN melihat isu ini dari segi kandungan video tersebut yang dikatakan menghina.

    Namun saya turut melihatnya sebagai satu kekurangan pada UBN dan pro-UBN apabila mereka yang berbakat dalam bidang kreativiti seperti olahan grafik dan suntingan video tidak berminat untuk menggunakan bakat mereka bagi membantu penyampaian fahaman dan propaganda UBN.

    Bro podot,

    Seperti yang saya nyatakan dalam YM, membuka blog memang teramat mudah, namun untuk mengemaskinikannya dengan catatan dan info menarik adalah sukar dilakukan jika tidak disertakan dengan minat yang mendalam, bakat penulisan dan masa yang terluang.

    BalasPadam