Rabu, 1 April 2009

Isu "Kill Nizar" BANGKIT di akhbar

Pertembungan antara Bloggers Pembela Negara (BPN) dan BloggersNetwork@Malaysia (BNM) telah tiba ke tahap yang lebih kritikal.

Sebelum ini pihak BNM telah menolak untuk menyertai debat yang diadakan di ruang sembang maya dan menuntut diadakan perdebatan secara bersemuka antara BPN dan BNM.

Apabila pengendali laman blog Perak Bangkit menyiarkan artikel berkenaan Datuk Seri Mohammad Nizar dengan memaparkan gambar bertulisan "Kill Nizar", pihak BNM telah mengambil tindakan balas dengan membuat laporan polis terhadap laman blog Perak bangkit.

Mereka turut mengambil tindakan dengan mendedahkan identiti sebenar pengendali laman blog Perak Bangkit di laman-laman blog BNM. RUJUK SINI

Namun tindakan mereka akhirnya memakan diri mereka sendiri apabila individu yang didedahkan kemudiannya didapati bukanlah pengendali sebenar laman blog Perak bangkit.

Ekoran dari itu, individu tersebut telah membuat laporan polis terhadap beberapa Blogger BNM kerana bimbangkan keselamatan diri serta keluarganya.

Pada 31 Mac 2009, sebahagian kejadian di atas telah mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian :

Menjadi tajuk utama akhbar Sinar Harian

Klik gambar untuk zoom

Kelihatan pihak BNM ataupun PAS cuba menampilkan imej mereka yang 'bersih' dan mengambil peluang untuk mencalarkan pula imej Barisan Nasional dengan membuat kenyataan seakan-akan pihak Barisan Nasional yang bertanggungjawab.

Sama ada Pesuruhjaya PAS itu tidak diberikan maklumat sepenuhnya atau cuba menyembunyikan hakikat bahawa pihak BNM telah melakukan perbuatan yang tidak boleh dimaafkan, iaitu memfitnah individu yang tidak bersalah yang mana seterusnya mengakibatkan diri beliau serta keluarga terancam.

Kenyataan oleh Pesuruhjaya PAS tersebut telah dijawab oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin di dalam akhbar yang sama, hari ini.

Klik gambar untuk zoom

Begitulah sedikit gambaran ringkas tentang apa yang berlaku berkenaan isu 'Kill Nizar' sehingga ke hari ini.

Sekiranya ada fakta yang tersalah atau perlu ditambah, harap dapat rakan-rakan BPN perbetulkan.

Saya telah mencadangkan kepada Yang Di-Pertua BPN supaya hal ini diperjelaskan secara kronologi dan terperinci -dari awal kejadian hingga yang terkini- di dalam satu 'posting' khas dengan tujuan untuk memberikan gambaran lengkap dan sebenar kepada ahli-ahli BPN.

Walaupun khalayak ramai pembaca akhbar tersebut melihat isu tersebut hanyalah satu sandiwara politik, tambahan lagi di musim pilihanraya kecil ini, namun kita di rangkaian BPN dan di alam siber ini tahu, tindakan pihak BNM membawa perkara ini kepada media cetak serta laporan polis yang dibuat, malah menggunakan taktik menggertak untuk menyaman blogger-blogger BPN juga, adalah satu 'pengisyhtiharan perang' terhadap BPN oleh pihak BNM.

Oleh itu, rakan-rakan ahli BPN sebagai pembela agama, bangsa dan negara mestilah memperlengkapkan diri dengan ilmu dan semangat untuk menangkis serangan-serangan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak BNM.

Bersamalah kita bersatu suara, bersatu arah dan bersatu akidah dalam menghadapi saat-saat perjuangan yang akan menjadi semakin getir ini.

5 ulasan:

  1. Sangat bagus dan tersusun sekali.

    Saya mengucapkan terima kasih atas daya usaha saudara..

    Semakin mantap BPN dengan sokongan orang berpengalaman dan berkemahiran seperti saudara..

    Moga Allah membalas masa tenaga dan buah fikiran yang dikorban untuk perjuangan alam siber ini.

    Alhamdulillah !

    BalasPadam
  2. memang BN tak terlibat dalam isu bunuh nizar ni.. tapi pencacai najis perkembar yg terklibat.. heheh ini kambing itam je..

    amaran keras!
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/amaran-keras.html

    BalasPadam
  3. Salamz...

    Panglima Perang Cyber :

    Link telah saya masukkan dalam pos, terima kasih.

    Baginda Reformasi :

    Bila sebut reformasi, ianya sering digambarkan sebagai satu perubahan dari yang kurang baik, kepada yang baik dan yang lebih baik.

    Namun dari ulasan Baginda, Baginda sekarang berada di kedudukan yang kurang baik.

    Saya harap Baginda akan berterusan mengreformasikan diri Baginda supaya mempunyai tutur kata dan tingkah laku yang baik dan lebih baik lagi di masa akan datang.

    BalasPadam
  4. Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

    Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

    “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

    Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

    Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

    Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

    Allah SWB berfirman :

    " Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

    Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
    Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

    Ingatlah wahai saudaraku...

    Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

    MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

    Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

    BalasPadam